Iman VS Nafsu


Ketika membahagiakan diri sendiri, pernahkah kita terfikir untuk membahagiakan orang lain?
Perlu kita renung dalam-dalam dan muhasabah diri.
Di dalam kehidupan kita seharian, berapa ramai orang yang telah kita bahagiakan?
Telah kita penuhi hak mereka dengan menolong ketika mereka perlukan bantuan?
Adakah kita telah memberi nasihat, ketika mereka membutuhkannya?
Adakah kita telah meminjamkan wang ketika mereka benar-benar di dalam kesempitan?
Tidak kiralah siapa mereka itu, keluarga sendiri, jiran, sahabat-sahabat, pengawal keselamatan di kawasan perumahan kita, penyapu sampah di pasar, ataupun orang yang tidak pernah kita kenal atau berjumpa sebelum ini.
Kehidupan bukan sekadar untuk makan, minum, bekerja, berumah tangga, melancong dan berseronok, tetapi lebih daripada itu iaitu, memanfaatkan kehidupan untuk mendapat keredhaan al-Haqq 'Azza wajjalla selain mengecapi kebahagiaan duniawi dan ukhrawi. Sabda Rasulullah S.A.W :
"Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain, berakhlak mulia, mempelajari al-Quran dan mengajarkannya, serta orang yang umurnya panjang tapi banyak amal kebajikannya."
Dalam apa jua kerja dan ibadah yang dilakukan, semua di antara kita mahukan yang terbaik, sekurang-kurangnya dapat memuaskan hati sebagai laluan awal untuk mengecapi nikmat kebahagiaan; suatu fitrah yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita.
Namun, kadang-kala kayu ukur yang kita gunakan dalam menilai apa yang sedang kita lakukan kurang sesuai. Yang halal itu jelas, dan yang haram juga begitu, namun bila berada di pertengahan halal dan haram, kadang-kala kita cenderung untuk menghalalkannya.
Dalam kehidupan ini, kita selalu berperang dengan diri sendiri untuk menggapai kebahagiaan.
Pertarungan antara Iman dan nafsu!
Sebaik-baik manusia, sudah pasti pernah melakari sejarah hidup yang terbina di atas kekalahan Iman dalam pertarungan. Nuasa berdengung seketika, dalam keluar naik nafas kita, ke manakah pilihan yang harus dipilih.
Namun selagi nafas belum berhenti dan menyedari pertarungan belum berakhir, jangan sesekali kita berputus asa untuk memilih dan melakukan yang terbaik mengikut kayu ukur keimanan kita. Teruslah berjuang untuk kebahagiaan dunia dan Akhirat.
Walau sesekali kita rebah, bangkitlah segera kerana rahmat-Nya cukup luas. Sewaktu menjalani hidup ini, tiada yang lebih baik daripada dua kebajikan. Beriman kepada Allah S.W.T, itu yang pasti dan memberi manfaat kepada orang lain.
Manusia yang paling baik, adalah seorang yang dermawan dan bersyukur dalam kelapangan dan kesenangan, yang sering mendahulukan orang lain serta selalu bersabar ketika di dalam kesulitan..
Hadis Rasulullah S.A.W:
"Tidaklah seorang penzina itu berzina tatkala dia sedang beriman, tidaklah seorang pencuri itu mencuri tatkala dia sedang beriman dan tidaklah seorang peminum arak itu meminum arak tatkala dia sedang beriman." (Riwayat Bukhari).
"Selagi Iman bertapak kukuh di hati, selagi Iman tidak tercabut selama itu manusia akan tetap menolak ajakan nafsu."

~Manfaat Lapar Di Bulan Puasa~


Berikut adalah 10 manfaat kita berlapar pada bulan Ramadhan ini.
  1. Menjernihkan hati, mencerdikkan otak serta menerangi penglihatan hati.
  2. Melembutkan hati yang membolehkan ia dapat merasai kelazatan pengaruh zikir kerana apabila perut kosong boleh menghilangkan kekerasan hati yang menyebabkan zikir dilidah terus meresap dihati yang lembut tanpa ada halangan lagi.
  3. Merasa kalah dan hina serta menghilangkan perasaan bongkak, terlalu gembira dan kufur nikmat di mana semua sifat tercela ini menjadi penyebab kepada penyimpangan dan kelalaian daripada mensyukuri nikmat Allah.
  4. Sentiasa ingat kepada bala Allah di dunia dan siksaanNya di akhirat apabila merasai sendiri bagaimana peritnya lapar.
  5. Mematahkan keinginan nafsu serta menguasainya daripada melakukan maksiat kerana bahan yang menguat dan menambah keinginan nafsu kebanyakannya berasal daripada makanan.
  6. Mengurangkan tidur dan memudahkan untuk berjaga terutama dalam berbuat ibadat.
  7. Memudahkan diri untuk menumpukan perhatian dalam beribadat kerana tidak banyak masa dihabiskan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dengan makanan.
  8. Dapat menjaga kesihatan dan selamat daripada pelbagai penyakit yang terbit daripada banyak makan.
  9. Jimat dalam perbelanjaan harian apabila tidak banyak wang dihabiskan untuk membeli banyak makanan.
  10. Membolehkan dia mengutamakan orang lain berbanding diri sendiri kerana orang lapar lebih memahami masalah dan penderitaan orang lain.

"Otak yang cerdas terletak pada perut yang sedang Lapar"

P/S: Jangan mengeluh kelaparan lagi ye..^-^ 

Akidah...percaya atau yakin??

salam semua....

Semoga anda semua mengharunugi Ramdhan dengan bermakna..

di Saat mata mula terkulat-kulat td,tiba2 ada satu persoalan yg menerjah di benak..
apa beza PERCAYA DENGAN YAKIN??


PERCAYA: kite mempercayai sesuatu itu ada,wujud,akan terjadi tetapi kita x beramal untuk nya...
YAKIN: kite percaya sesuatu itu wujud,ada,akan terjadi dan kita beramal untuk nye..

Misalnye seperti azab kubur...kita percaya akan azab kubur tetapi adakah kita cube menghindarinye??
jika kita yakin,pasti kita akan menghindari nye...right??

Bayangkan anda menghadiri sebuah pertujukan silap mata....ada satu persembahan dimana seorang pemanah akan memanah sebiji epal di atas kepala pembantunye yg berada sejauh 10 m dihadapan nye...pemanah itu berjaya memanah sebiji epal di atas kepala pembantunye dengan tepat sekali dan segala nye berlaku di depan mata kite..

Pasti kita kagum dan PERCAYA.. Seterusnye pemanah itu meminta para penonton menjadi Volunter mengantikan pembantunya itu...adakah kita SANGGUP??semestinye tidak...walaupun kita ditawarkan berjuta ringgit sekali pun,sudah tentu kita tidak berani...kerana apa??kerana kita tidak YAKIN...:)
RENUNG2KANLAH...hanya beberapa minit sahaja sudah mampu beri kita ilmu...:)