Masihkah Aku ada peluang ?

Manusia mudah Alpa kan ??
manusia tidak akan lari dari melakukan dosa...


Seteruk Apa Pun Kita!!!


"Sudah la..sapa la aku ni mau minta ampun..berapa banyak maksiat aku lakukan..semua benda jahat aku dah buat..pegang tangan ka, bercumbuan ka, berjudi ka, hisap dadah ka, berzina ka, tinggalkan solat ka, lawan cakap mak ayah, bergaduh tak tentu pasal, membuli orang lain, mencuri, berhibur lebih-lebihan, konsert-konsert hiburan, atau apa-apa benda buruk hampir semua aku buat..aku ni dah melampaui batas..mana mungkin aku diampunkan!!!"


Mungkin inilah kata-kata yang sering kita dengar ketika mengajak diri atau orang lain untuk berubah dan bertaubat. Siapa kita yang ingin menentukan keampunan Allah? Siapa kita yang ingin menghukum perlakuan kita? Jangan kita menjadikan persepsi tersebut menghalang kita untuk berubah, bahkan jangan menjadikan persepsi itu untuk terus menambah kemaksiatan dihadapan Allah!!!Hayati pesanan Allah kepada kita...

"Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."[QS az-Zumar, 39:53]



"Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian ia mohon ampun kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." [QS an-Nisa', 4:110]







Masih belum terlambat untuk bertaubat. Allah utuskan hidayah pada diri kita dengan pelbagai cara. Kadagkala Allah beri kita mimpi,kadangkala allah memberi kita peluang mengenali seseorang yang mampu membawa kita kembali ke pangkal jalan. Segala-gala nya terserah pada kita. Yakinlah bahawa Allah sentiasa menunggu taubat dari kita .



Duka Si Manusia







Ini semua pasti pernah hadir dalam hidup seorang manusia....
sudah cuba YANG TERBAIK....sudah usaha YANG TERMAMPU...
tapi...............................masih gagal???


Setiap kehidupan pasti akan berjumpa kegagalan,kesedihan...walau hidup seorang perdana menteri sekali pun,pasti menempuh semua ini...NABI MUHAMMAD saw pun pernah menemui kegagalan untuk mendakwah kaum nya pada peringkat awal....malah baginda dilempar najis,dicerca dan dimaki...
Namun baginda sabar menghadapi semua ini...dan akhirnya baginda berjaya berdakwah dan..... lihatlah pada hari ini berapa ramainya umatnya tanpa mengira bangsa dan warna kulit...


IngatLah....
Kegagalan itu adalah permulaan kepada kejayaan....misalnya....
 Bila Kita jatuh,apa kita akan buat...pasti kita akan berusaha untuk berdiri,kan???
jatuh: bermakna kegagalan...
berusaha: bermaksud keinginan untuk berjaya...
berdiri: adalah kejayaan...
  
#^_^