::APABILA ULAMA DICABAR(IMAM ABU HANIFAH)::

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dalam kalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait dengan ketuhanan. Dia mencabar para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya. Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya.

Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya. Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asyari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya. ....

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai.

Masing-masing menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan. "Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu.

Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT bukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenggal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yang turut hadir dalam majlis itu. Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usianya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yang rendang dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja. Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu, khinzir tadi mati disitu juga." Hammad termenung seketika.

Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh dibiarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu mentadbir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

"Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berangkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah.

Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

"Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

"Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku... Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

"Wahai Dahri," balas Abu Hanifah,

"sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:

"Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berilmu antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 ) .

Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog. Perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialis dan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.
"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.
"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.
"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.
"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.
"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Di kepalakah, diperutkah atau adakah di hujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri.

Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata:

"Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"
Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi,
"Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau di bawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu.

"Untuk mencari di manakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip di manakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi.

Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul
selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.
"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya. Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan,

"Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit.
Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah.
"Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkang!. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea.

Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, ia pun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.
"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.
"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekalian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang batil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama in

::KASIH SEORANG ABANG::

Kasih sayang seorang abang...

Tersentuh hati bila melihat gambar ini...
Apa lagi jika seorang ibu, pasti tersentuh dan mengalir air mata...melihat anak yang masih kecil terbiar dan menderita...
Yang nyata peperangan itu amat kejam dan telah meragut sifat perikemanusiaan...


Pengajaran yang mungkin berkaitan dengan gambar ini, marilah kita menyayangi dan mengasihi sesama kita manusia. Hidup ini sementara saja.

Mungkin perkara ini akan berlaku kepada anak, cucu dan cicit kita kalau kita tidak berhenti berbalah sendiri seperti di negara yang sedang berperang sekarang.

Seandainya kita mati dipeperangan, siapa yang menjadi mangsa kesengsaraan kalau bukan anak, cucu atau cicit kita.

Kita semua mahluk Tuhan yang kerdil, kita tidak tahu apa yang berlaku pada masa akan datang kalau kita saling membenci dan akhirnya berlakulah pertumpahan darah.

Yah Tuhan, selamatkanlah hambamu ini daripada kesengsaraan, mereka terlalu kecil dan muda untuk menghadapi kesengsaraan.


p/s:kdg2 jd abng ni bukan smudah yg di sgka...tggungjawab mnjaga adik2 amat berat...namun itulah tggungjawab seorg abg...

:::KERAK NASI UNTUK IBU:::

HARI INI BUKAN HARI IBU.. BUKAN JUGA HARI RAYA.. NAMUN CERITA INI MAMPU MERUNTUN JIWA AKU.. AKU AMBIL DARI SEBUAH BLOG YANG AKU ANGGAP SEBAGAI SIFU AKU... (SILA RUNTUHKAN EGO KITA SEBELUM MEMBACANYA)


Walaupun sudah dibaca berulang kali namun tidak terasa jemu bila terkenangkan kasih serta pengorbanan seorang ibu... pada mereka yg bertitle ibu, is it true?Ada lagu yang mengatakan andai bumi terbelah aku tetap cinta padamu, ada yang mengatakan hanya kau yang ku cinta di dunia.. tapi sayang .orang yang paling dan patut kita sayangi di dunia ini ialah IBU kita .. bukan kekasih.. yang hanya datang sekejap dalam hidup kita.. FIKIRKANLAH...


Itulah pengorbanan seorang ibu....sedih.....sayangilah ibu anda selagi dia masih hidup.cerita dari seorang kawan : Cerita betul yg meyayat hati....Hari ini semua adik beradik pulang beraya di Kuala Lumpur setelah beraya di kampung mertua. Ibu yang di KL agak kesunyian, tetapi setelah mendengar abang dan kakak-kakak hendak datang beraya ,ibu gagahi juga bangun pagi menggoreng nasi buat santapan pagi mereka yang akan datang nanti.Aku yang bongsu tinggal dirumah sambil menolong apa yang patut memerhati kegagahan ibu yang sememangnya aku tahu sakit dan bengkak kakinya semakin menjadi-jadi semenjak bulan puasa tempohari.

Aku minta untuk membantu ,"tak payah" katanya "biar mak yang buat nanti lain rasanya". Aku biarkan sahaja walau dalam hati terasa pedih dan sayu melihat kegagahan mak nak juga sediakan nasi goreng untuk anak-anaknya yang baru nak merayakan aidilfitri bersamanya.Aku tahu disudut hati mak ada rasa sedih dan sayu kerana anak lelakinya tak beraya bersama di pagi raya..tetapi langsung tidak ditunjuk malah ingin pula menjamu anaknya. Terhinjut-hinjut mak kesana ke mari mengambil bahan-bahan nasi goreng. bukan main khusyuk dan bersungguh cuba menyediakan juadah yang semampunya.


Bila semuanya dah sampai aku mula hidangkan nasi yang digoreng mak untuk abang- dan kakak yang tiba dengan anak-anak mereka. Semuanya pakat menjamu selera..memang berselera semua sukakan nasi goreng mak..mak tahu anak-anaknya sukakan nasi goreng air tangannya..Dalam tak sedar nasi dah hampir habis. Terdetik dihatiku..." ahhh mak belum makan apa-apa semenjak pagi kerana sibuk sediakan nasi tu"...seraya tu abang ku bertanya 'siapa tak makan lagi nasi ni'. Aku menjawab ' mak belum makan apa lagi tu'Mak dengan bersungguh menjawab " Ehh mak tak mau...tak lalulah nasi goreng, nak makan roti ja sat lagi'...dua tiga kali kami pelawa begitu jugajawabnya. Kata ku dalam hati." oohh mungkin juga mak nak makan roti sebab nak kawal penyakit diebetisnya" .


Bila semua dah pulang..aku lihat mak terhinjut-hinjut kedapur..lantas aku tanya 'mak nak apa..nak ambilkan.'.' takpa nak rasa ni sikit'. Sayu sedih dan terguris sungguh hati aku..bila kulihat mak rupanya sedang mengikis kerak-kerak nasi goreng yang masih berbaki dalam kuali untuk dimakan.Itulah kasih seorang ibu pada anak-anaknya. ..zaman sekarang pun masih ada ibu yang sanggup berlapar dan mendahulukan anak-anaknya asal mereka semua kenyang. Aku benar-benar kalah dengan apa yang aku saksikan..YA RABB Engkau peliharalah Ibu,,Ampunilah Dosanya,Berilah kekuatan pd anak-anaknya untuk membalas jasa ibu yang tak terhingga.AMIN...

Sekian,

5 Tips Selepas Mendapat Keputusan SPM



Salam semua.


Tidak lama lagi keputusan SPM akan keluar secara rasminya. Maka berpusu-pusalah anak-anak remaja lepasan SPM akan ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM. . Andai kita gagal PMR pun kita masih boleh sambung belajar. Tapi SPM adalah lesen untuk kita belajar dekat mana yang kita impikan selama ini. Kita nak sambung overseas ke, UM, UIA etc... Semuanya pada SPM.


So bila dapat keputusan SPM apa yang perlu kita buat...


1. Andai keputusan yang kita perolehi maka pertama sekali mesti kita bersyukur pada Allah kerana telah mengambul doa dan usaha yang setimpal dengan kejayaan yang kita inginkan. Ucapakan terima kasih kepada ibu dan ayah kerana keberkatan Allah bergantung kepada keberkatan ibu bapa.


2. Andai keputusan yang diperolehi tidak seperti yang disangkakan, maka perlulah kita refleksi kembali dimana silapnya. Kadang-kala kita telah berusaha bersungguh-sungguh, belajar denga terancang dan sistematik, tapi kita gagal mendapat keputusan yang memberangsangkan. Mesti ada silap di mana-mana. Ibarat seperti kita nak makan-makanan yang sedap-sedap. Memang kita telah beli ayam yang paling baik namun dari segi rencah dan sebagainya adakah mencukupi. Mungkin kita ada melakukan kesilapan pada ibu dan ayah atau sebagainya. Refleks kembali. Mohon kemaafan kepada ibu dan bapa kerana tidak mendapat keputusan yang sepatutnya.


3. Selepas itu carilah mana-mana peluang untuk melanjutkan pelajaran ke mana-mana dalam bidang yang anda minati. Sekarang ni maklumat berkaitan universiti amat mudak diperolehi. Klik je kat internet bersepah-sepah. Andai kita buta IT sekalipun pergi je ke ekspo pendidikan. Mesti ada punya. Namun ada beberapa perkara yang harus kita kita ketahui sebelum mengisi borang UPU ataupun permohonan ke universiti. Sebagai contoh, adaakah keputusan yang kita ada layak untuk memohon bidang yang kita inginkan. Jadi jai suggest kepada adik-adik yang nak mohon universiti, mohonlah kursus yang sesuai dengan keputusan SPM anda.


4. Sekiranya keputusan anda tidak memberangsangkan, jangan pernah berhenti untuk belajar. Dunia memandang kepada 2 perkara hari ini. Ilmu dan kemahiran. Sekiranya kita tidak menguasai bidang akademik maka cuba terokai bidang kemahiran seperti di IKM, ILP, Kolej Komuniti dan sebagainya. Jangan pernah berhenti belajar kerana usia seperti ini bukanlah usia yang pantas untuk memikul beban kerja.


5. Gubakan kabel untuk melayakkan anda masuk ke universiti pilihan anda. Ops jangan salah anggap. Kabel yang jai maksudkan bukan bapak-bapak menteri mahupun YB2.... Tapi kabel yang ampunya kabel. Kabel atau pertolongan dari Allah. Tidak ada kuasa yang mampu menandingi pertolongan dari Allah. Lakukan sembahyang hajat, sembahyang taubat dan sebagainya. Jangan lupa... Semakin dekat diri dengan tuhan semakin dekat kita dengan kejayaan.

Buat sume teman-teman,gud luck untuk result SPM...dan terima lah ia dgan hati yg redha...kerana...YANG KAT ATAS tu dah aturkan hidup kita...:-)

Cerita Sedih seorang sahabat...

Ada dua orang sahabat, mereka ni sangat akrab. Sorang bernama Hanif dan yang sorang tu bernama Tony. Mereka ni penghuni setia rumah tumpangan orang-orang gila.

Pada suatu hari mereka dibenarkan bermain di kolam renang yang terdapat di rumah tumpangan itu. Tapi mereka berdua ni tak pandai berenang. Si Hanif berehat-rehat di bawah khemah manakala Si Tony tak habis-habis lari keliling kolam renang tu.

Tiba-tiba mungkin kerana keghairahan Si Tony ni terus melompat kedalam kolam.... apalagi terkapai-kapailah dia meminta tolong. Sahabat yang setia, Si Hanif ni dengan pantas cuba menyelamatkan Si Tony. Fuh, nasib baik tak lemas. Memandangkan yang Si Tony tu dah basah kuyup dan kesejukkan, Si Hanif dengan pantas membalut kawannye tu dengan sehelai tuala lalu cepat-cepat membawanye ke dalam bilik mereka.

Keesokkan harinye Si Hanif telah dikerahkan menemui orang atasan. Kira pegawai ler tu. Apabila melihat wajah Si Hanif beliau mula berkata, " Saya ada dua berita yang perlu saya beritahu awak. Yang pertama ialah berita baik, awak akan dibebaskan kerana awak telah dapat membezakan antara kecemasan atau tidak. Tindakan awak menyelamatkan Si Tony bermakna awak kini mempunyai pemikiran yang waras. Namun saya juga ada berita buruk untuk awak, teman baik awak telah membunuh diri. Pagi tadi saya diberitahu yang dia dijumpai didalam biliknya dengan lehernya tergantung. Dengan muka selamba di Hanif pun menjawab, "Tidak tuan dia bukan membunuh diri tapi saya yang gantung dia supaya dia cepat kering"

Berpakaian tetapi telanjang....


Buat para ibu, isteri, kakak, adik-adik perempuan serta para suami dan ayah yang sayangkan isteri dan anak-anak perempuannya, Rasulullah s.a.w. telah memberi amaran berkenaan satu sikap golongan hawa yang menjadi penghalang mereka daripada mencium bau syurga. Bau syurga pun tidak dapat dihidu, apatah lagi melangkah kaki memasukinya. Nauzubillah! Moga Allah melindungi kita semua. Hadis daripada abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggeng-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen rambut) bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). Dalam riwayat Imam Malik, ada sambungan hadis ini iaitu: “…Bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.” (Al-Muwatta’, no. 1421).


Kakak memakai baju adik 8 tahun
Perbincangan kita kali ini akan tertumpu kepada golongan kedua yang disebut dalam hadis di atas. Apakah yang dimaksudkan dengan berpakaian tetapi telanjang? Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan bahawa ada beberapa makna. Antaranya ialah perempuan itu menutup sebagaian auratnya dan membuka sebahagian yang lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakkan bentuk badannya.
Didalam kitab al-Muntaqa (Syarah al-Muwatta’ Imam Malik) pula, ditambah dengan pengertian memakai pakaian tetapi terlalu ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Betapa ramainya para kakak pada hari ini yang berumur 28 tahun memakai baju adiknya yang berumur 8 tahun. Memakai baju dengan trend “through”, kononnya mengikut peredaran zaman. Walaupun ada inner, tetapi ia tetap menampakkan bentuk badan. Ada yang merasakan sudah cukup sempurna apabila menutup rambut, sedangkan tubuh badan terserlah dengan pakaian ketat.
Wahai kaum hawa, peringatan ini adalah kerana sayangkan kalian, Rasulullah s.a.w. tersangat sayang kepada umatnya. Baginda terlalu ingin melihat umatnya melangkahkan kaki ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.
Baginda juga menjelaskan bahawa para wanita ini sentiasa berlenggang-lenggok ketika berjalan sehingga menyebabkan orang yang melihatnya terpesona dan tergoda. Inilah cara berjalan para pelacur pada zaman jahiliah. Inilah cara mereka memperkenalkan diri mereka dan menarik perhatian para pelanggan.
Syeikh Abdul Majid al-Zindani, seorang ulama Yaman menerangkan tentang kalimah ‘mumilat’ yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis ini adalah isim fa’il dengan makna seseorang yang menyebabkan orang lain menjadi senget. Apabila melihat perempuan ini berjalan, ada lelaki yang akan menatapnya dengan penuh ghairah sehingga tersenget badannya ke arah pergerakan perempuan tersebut. Fesyen rambutnya seperti bonggol unta yang kelihatan terhuyung-hayang ketika berjalan.
Kesan Negatif
1. Menyusahkan para isteri
Golongan wanita yang berpakaian tetapi telanjang sebenarnya antara penyebab pelbagai masalah rumah tangga yang berlaku. Para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya. Ada juga isteri yang mula menaruh syak wasangka apabila mendapati ada rakan sekerja suaminya yang berpakaian sedemikian rupa. Apabila virus-virus ini mula merebak dalam rumah tangga, ia boleh membawa kepada masalah yang lebih besar.
2. Gangguan seksual terhadap golongan lelaki
Ini adalah satu bentuk gangguan yang menghilangkan tumpuan orang lelaki. Dalam hadis tersebut menyatakan: ”Sehingga senget orang lelaki yang melihatnya,” iaitu senget fizikal dan senget akalnya apabila berhadapan dengan nafsu yang membara akibat bahana golongan wanita tersebut.
3. Mendedahkan diri kepada pelbagai bahaya
Senario hari ini memperlihatkan betapa banyaknya kes rogol dan pengkhianatan kepada golongan wanita. Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran hebat serta promosi percuma wanita yang tidak bermaruah ini. Adakalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa tetapi nafsu dilampiaskan kepada insan-insan lain yang tidak berdosa seperti gadis lain, kanak-kanak bahkan ada yang menjadikan anak sebagai mangsa.
4. Tidak menghidu bau syurga
Golongan berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya.
Sukar untuk Berubah
Ramai wanita yang menyedari kesilapan ini. Bahkan betapa ramai suami yang berasa bersalah melihat keadaan isterinya yang setiap hari ke tempat kerja dalam keadaan berpakaian tetapi telanjang. Sukarnya mengubah penampilan diri. Tambahan pula apabila ada yang suka menyindir melihat perubahan positif yang cuba diusahakan.
Dalam situasi ini, ingatlah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan sahabat. Sahabat yang baik seperti penjual minyak wangi, walaupun kita tidak memperoleh minyak wanginya, tetapi pasti dapat menumpang wangiannya. Bersahabat dengan kawan yang jahat pula seperti berkawan dengan tukang besi, walaupun tidak terkena percikan api, tetapi masih tidak mampu mengelak bau asap yang terkena pada badannya.
Carilah sahabat yang menjual minyak wangi, walalupun anda tidak membelinya tetapi anda pasti menjadi wangi kerana dapat mencubanya secara percuma setiap hari

MALAM PERTAMA....

Malam itu ialah MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan?




Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur Nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?"
Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza.
"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"
Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita, lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah.
Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan? Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!
Di dalam usahanya mempersiapkan diri menghadapi malam pertama tersebut, adalah diceritakan bahawa Rabi' bin Khutsaim menggali liang kubur di rumahnya. Bila ia mendapati hatinya keras, maka ia masuk ke liang kubur tersebut. Ia menganggap dirinya telah mati, lalu menyesal dan ingin kembali ke dunia, seraya membaca ayat:
"Ya Rabbku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)
Kemudian ia menjawab sendiri; "Kini engkau telah dikembalikan ke dunia wahai Rabi'.." Dan disebabkan hal tersebut, Rabi' bin Khutsaim didapati pada hari-hari sesudahnya sentiasa dalam keadaan beribadah dan bertaqwa kepada Allah!
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan? Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?
Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya. "Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!" 

::Adakah cinta memerlukan sebab??::


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
         menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
       abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
         abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
        saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
        lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
        puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.


Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."


BILA LELAKI MENJADI DAYUS?



Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-


" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"


Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.


Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.


Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.


Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.


Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)

Hukum Menyanyi...

Surat buat mak...dari anak yang xpernah dengar kata mak dulu...

Mak.....Terlalu bosan rasaa duduk membilang hari.....Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.......itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....dan itu juga terakhir kali nya.Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....Seminggu sebelum tu......mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih......kakak pun rasa hairan.....mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak......tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam .......kengkadang siaran indonesia ..mak terus tekun menganyam...Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....pastu mak jemur karpet-karpet. ..pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..mak biarkan ruang tu kosong..rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..ada kat dalam almari.....ada kat dalam dalam beg.....ada dalam ASB.....ada kat dalam Tabung Haji..mak cakap tak berapa cukup lagi......ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...mak cuma gelak jer...eeemmm...bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah dalam kesakitan.Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....mak tetap takmau pi hospital.... .dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .tapi kiter berkeras juga pujukk..nanti di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak..kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..mak memang degil..tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakitkami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....amponkan kami semua...kami nak mak sehat...kami sayang mak...kami tak mau mak sakit...kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....ampon kan kami yer mak....

Mak.....Malam itu abang bawa mak ke hospitaldan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,kiter kata nak beli kereta....Mak asyik tanya ajer..cukup ker duitt..kiter jawab pula...kalau tak cukup, mak kan banyak duit...mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....mak buat kenduri kesyukuran... ....Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....Bila balik sahaja kampong....kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...mak tanya kenapa...?Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...mak, kiter menipu mak kan ..ampon kan kiter.....Mak.....Jam 4.30 pagi 19/08 /2006Bila tiba aja kat hospital.....nurse tengah balut mak dengan kain putih.......mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...Adik kat sebelah diam melayan perasann...Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...jalan di depan terasa makin kelam.....airmata dah tak mampu di tahan....Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..kosong. ...sekosong hati ini.....Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. .....terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak......Kiter masih ingat lagi....Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ....Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....Mak perasan tak.....?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."Bila makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni...tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....kiter nangis ni.....Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....Takder orang yang bangun lagi.....kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...kiter rindu kat mak....!Takpa la....nanti bila kita selesai sembanyang subuh,kiter baca yassin untuk mak...mak tunggu ya..!Mak..Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap wajah mak buat kali terakhir....Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...Mak rasa tak....masa tu kiter sentuh dahi mak....kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak daya....kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...Airmata kiter tak boleh tahan....Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak.....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...badan akak terasa panas...makk...anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .Mak.....Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...Dan sampai satu tahap....masa tu malam jumaat selepas maghrib....Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...semakin kiter tenung terasa semakin sayu...tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...kiter cuba bertahan...memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...Kiter rasa nak telefon mak.....nak cakap dengan mak.....anak mak yang ni dah tak betul kan ..?Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong....Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...Puas la kakak memujuk kiter...Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...rasa nyilu sangat...menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma....hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....cukup la sampai sini dulu....kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih....pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat kenangan..Kiter cuma tau alamat ni aje...Takper yer mak...kKiter kasi orang lain baca...Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...akhir kata untuk mak,I LOVE YOU SO MUCHdan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..sampai masuk univesiti....sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Iman,amal dan sabar...mana yang penting?

Assalamualaikum....


saya baru pulang dari kuliah di masjid berdekatan kampung saya...saya mengikuti ustaz saya yang menyampaikan kuliah selepas magrib di masjid itu...malam ini sedikit sebanyak ilmu itu telah dapat mencolek benak saya...tentang amal...


"seseorang yang ingin diri nya dekat dengan Allah bukan nye bergantung pada amal...bahkan sesiapa yang bergantung pada amal namun tidak bergantung pada Allah,jatuh Hukum SYIRIK."...nauzubillah...


Itu diantara petikan dari kuliah yang saya hadiri...tersentak benak saya merenung di sebalik makna petikan itu...


AMAL...setiap manusia mengimpikan syurga...dan ingin mendekatkan diri kepada Allah..dan sudah tentu kita akan beramal dan beramal..namun,kembali kepada niat asal kita..adakah kita bergantung kepada amal kita untuk dekat kepada Allah??bukan kah kita harus bergantung kepada Allah agar Allah yang mendekatkan diri kita kepada Zat-Nya...sebenar nya,kita perlu berSABAR...sabar dan bergantung sepenuhnya kepada Allah...Dialah yang mendekatkan diri hambaNya kepada ZAt NYA...inilah ilmu yang saya rasa mampu dikongsikan pada saat ini...


"JANGAN BERGANTUNG PADA AMAL,BERGANTUNG PADA ALLAH ...
 JANGAN BERBANTUNG PADA IMAN,BERGANTUNG PADA ALLAH...
 JANGAN BERGANTUNG PADA MANUSIA,BERGANTUNG PADA ALLAH..
 JANGAN BERGANTUNG PADA  BENDA,BEREGANTUNG PADA ALLAH..
 KERANA ALLAH LAH SEGALA GALA NYA....''


p/S:pesanan buat diri ku yang serba kekurangan ini dan buat teman teman yang cintakan Allah....